Doktor rugi RM135,000 rumah dipecah masuk

20 Mar 2020 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Seorang doktor kerugian kira-kira RM135,000 selepas kediamannya dipecah masuk di Meru Valley Golf Resort di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian samun kira-kira jam 4 pagi itu, enam suspek termasuk seorang wanita yang semuanya dipercayai warga asing menggunakan senjata tajam dan parang.

Katanya, barangan yang dilarikan suspek termasuk pelbagai barang kemas, enam utas jam tangan berjenama, telefon bimbit serta wang tunai dalam mata wang asing yang kesemuanya bernilai kira-kira RM135,000.

"Semasa mangsa sedang tidur, tiba-tiba pintu biliknya dibuka dan dikejutkan oleh suspek. Anak perempuan mangsa turut dibawa ke bilik itu dan suspek kemudian mengikat tangan mangsa menggunakan kabel pengecas telefon.

"Mangsa dan keluarga tidak mengalami kecederaan dan mengesyaki suspek masuk melalui pintu belakang kerana mendapati ia dalam keadaan terbuka. Tiada kamera litar tertutup di kawasan rumah itu yang dihuni sejak lebih setahun," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved