Topik hangat di Malaysia minggu ialah video yang melibatkan seorang menteri dan pembantu beliau. Terdapat pihak yang menyanggah kesahihan video tersebut dan mengatakannya adalah hasil penggunaan perisian Deep Fake. Tidak terdapat banyak perisian forensik yang boleh digunakan bagi mengesan manipulasi video dan imej. Adobe adalah antara syarikat yang membangunkan perisian tersendiri untuk mengesan manipulasi pada wajah.
Penyelidik di MIT dan Adobe melatih Convolutional Neural Network untuk melihat pelbagai imej yang telah dimanipulasi menggunakan alat Liquify di dalam Photoshop. Manipulasi dilakukan menggunakan skrip Photoshop dan juga secara manual oleh manusia. Selepas menjalani latihan, kecerdasan buatan yang terhasil dapat mengesan manipulasi yang telah dilakukan. Ia juga boleh melakukan proses mengembalikan imej kepada bentuk asal dari imej yang telah dimanipulasi.


