Grab Kini Menjana Lebih Pendapatan Melalui Perkhidmatan Makanan Dan Kewangan, Berbanding Pengangkutan

TechnologyDigital
15 Dec 2019 • 4:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu – dan lebih dikenali sebagai perkhidmatan pengangkutan berbanding yang lain. Namun, sejak kebelakangan ini, Grab telah mula menambah beberapa perkhidmatan lain dalam menjana pendapatan, selain dalam menjadi aplikasi “super” untuk kegunaan harian pengguna.

Terbaru, berkongsi berama SCMP, pihak Grab mengatakan mereka menjana lebih 50% pendapatan pada masa kini melalui perkhidmatan kewangan dan penghantaran makanan mereka.

Margin keuntungan pada kedua-dua perkhidmatan ini juga dilihat lebih tinggi berbanding pada perkhidmatan seru-pandu.

Di Malaysia sendiri, kebelakangan ini boleh dikatakan Grab lebih memfokuskan kepada perkhidmatan GrabFood dan GrabPay. Terdapat desas-desus turut mengatakan Grab akan turut menceburi arena perbankan maya di Malaysia tidak lama lagi.

Dengan tahun 2020 yang menjelang tiba, semestinya agak menarik untuk melihat fokus pihak Grab, dan apakah lagi perkhidmatan baru yang akan ditambah dibawah penawaran mereka kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved