Empat maut helikopter terhempas di Ukraine

30 May 2019 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KIEV - Empat anggota tentera maut dalam kejadian helikopter terhempas di barat Ukraine.

Tentera Ukraine dalam satu kenyataan berkata, helikopter Mi-8 itu terhempas di rantau barat Rivne semasa latihan penerbangan semalam.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan punca nahas.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan melantik Ketua Staf, Ruslan Khomchak bagi mengetuai siasatan. - AFP