Mangsa nahas teruja Agong terima kad bisnes, dijemput ke Istana

10 Nov 2019 • 3:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Mangsa kemalangan dibantu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tampil berkongsi pengalamannya apabila Seri Paduka sanggup mencemar duli turun dari kenderaannya untuk memeriksa keadaan mereka.

Dikenali Hafiz, beliau telah menzahirkan ucapan terima kasih di Instagram miliknya dan teruja Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menerima kad perniagaan miliknya, malah sudi menghubunginya kembali untuk menjemputnya datang ke Istana.

"Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuanku kerana berkenan mencemar duli bertanya keadaan isteri saya selepas kemalangan pagi tadi.

"Sesungguhnya tuanku benar berjiwa rakyat dan patik tiada lain selain rasa penuh hormat dan bangga mempunyai pemimpin seperti tuanku. Semoga tuanku sentiasa di bawah rahmat ALLAH. Daulat Tuanku.

"Setinggi terima kasih juga kepada tuanku membenarkan kami berdua bergambar bersama tuanku dan peluang untuk saya beri bisnes kad saya. Tuanku ambil pula tu (siap hubungi saya balik jemput datang istana). Orang lain buang saja bisnes kad saya. Tuanku memang terbaik," tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia memuat naik fotonya bersama Seri Paduka di tempat kejadian.

Sementara itu, Hafiz turut meminta maaf apabila ada yang menegur caranya bersalaman dengan Al-Sultan Abdullah yang dianggap tidak mengikut protokol.

"Kepada netizen yang menegur cara saya bersalam dengan tuanku, terima kasih atas teguran anda, saya dengan rendah diri menerimanya (video tu masa tuanku nak balik dah, masa sampai saya salam dulu tau).

"Dalam kelam kabut dan keterujaan saya 'blur'... cut me some slack ya semua. Insya-ALLAH, lain kali jumpa tuanku, saya dah tau macam mana nak beri reaksi (saya dah belajar protokol dengan @hammamiyusoff)," jelasnya memberitahu isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong menunjukkan keprihatinannya terhadap mangsa kemalangan di dua lokasi berbeza di Putrajaya apabila Seri Paduka sanggup turun dari kenderaan rasminya bagi memeriksa keadaan mereka.

Dua kemalangan itu dilaporkan berlaku di kawasan Cyberjaya dan susur masuk Plaza Tol MEX Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved