Logitech Memperkenalkan Rangka Papan Kekunci Untuk iPad Dan iPad Air

TechnologyDigital
18 Mar 2020 • 11:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada pengumuman bahawa Apple akan mengemaskini peranti iPad Pro mereka dengan model-model baru dan aksesori papan kekunci dengan pad sesentuh, mereka juga berkata bahawa sistem operasi iPadOS 13.4 bakal memperkenalkan sokongan pad sesentuh untuk peranti-peranti iPad generasi kelima dan keatas, dan juga iPad Air 2 keatas dan iPad Mini generasi keempat dan keatas.

Selari dengan itu, Logitech, syarikat pembuat aksesori komputer dan tablet yang terkemuka turut memperkenalkan rangka papan kekunci yang mempunyai ciri pad sesentuh terbina padanya juga.

image is not available

Buat masa ini, mereka memperlihatkan rangka-rangka untuk model iPad 10.2 dan juga iPad Air 10.5 yang hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti sokongan multitouch  pada pad sesentuh, kekunci pintas, lampu latar belakang untuk kekunci, Tapak yang boleh dikendurkan sehingga 50 darjah dan tempat pemegang untuk aksesori Apple Pencil.

Rangka papan kekunci oleh Logitech ini akan dijual pada harga $149.99 (~RM600) kelak.