Pahang lanjut bayaran cukai tanah hingga 31 Julai

25 May 2020 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah bagi semua hak milik tanah sehingga 31 Julai ini.

Menurut kenyataan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang, perkara tersebut telah diputuskan pada mesyuarat kerajaan Pahang pada 20 Mei lalu.

"Dengan pelanjutan tempoh bayaran cukai itu adalah diharapkan ia dapat memberi masa yang mencukupi untuk semua pemilik tanah untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun, denda yang akan dikenakan sekiranya pembayaran melebihi tarikh tersebut akan dikenakan mulai 1 Ogos depan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Gesa kerajaan Pahang lanjut tempoh bayar cukai tanah

Hari ini, Sinar Harian melapor gesaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) meminta agar tempoh pembayaran cukai tanah dilanjutkan.

Gesaan itu dibuat susulan memerangi wabak koronovirus (Covid-19) dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah menjejaskan pendapatan dan keuntungan setiap individu tidak kira sektor mana mereka berada langsung atau tidak langsung.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved