Perbicaraan Ahmad Zahid bermula 13 April depan

24 Mar 2020 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan dimulakan pada 13 April.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Rozela Raja Toran yang mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu perkara berkenaan kepada Bernama menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

"Perbicaraan itu akan disambung semula pada 13 April tetapi tertakluk kepada sebarang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan,” katanya.

Setakat ini, pihak pendakwa telah memanggil 43 saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan itu.

Raja Rozela juga berkata, pihak pendakwa dijangka akan memanggil lebih 30 saksi lagi.

Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguhkan susulan penutupan mahkamah seiring dengan penguatkuasaan PKP oleh kerajaan dari 18 hingga 31 Mac ini bagi membendung koronavirus (Covid-19).

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah dijadual jam 9 pagi pada 13 April.

Ahmad Zahid, 67, berhadapan dengan 47 pertuduhan, termasuk 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan atas rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh juta Ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved