Jangan kecam wanita hamil

23 May 2020 • 7:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

AWANG rasa serangan netizen terhadap seorang wanita hamil yang pulang ke kampung di Kuala Krai, Kelantan oleh sebab nak bersalin adalah melampau dan tidak adil.

Awang sedih baca sebahagian komentar yang dilontarkan kepada beliau. Berdasarkan kenyataan suaminya dalam akhbar ini, beliau dan isterinya tak tahu si isteri ada penyakit itu.

Alasan mereka bawa si isteri balik ke kampung untuk bersalin juga adalah munasabah. Memang kes ini membuka mata Kementerian Kesihatan dan kerajaan Kelantan tentang bahaya kes yang 'diimport'.

Kelantan sifar Covid-19 untuk beberapa waktu sebelum ini. Pada waktu yang sama, ada sejumlah anak-anak kelahiran Kelantan yang beria-ia hendak pulang berhari raya di kampung halaman. Hal ini sangat berbahaya.

Awang faham budaya balik kampung dalam kalangan orang kita. Pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri, berjuta-juta orang Melayu akan kembali ke kampung halaman tapi tahun ini keadaannya tak sama.

Ini kebiasaan baharu yang mesti kita biasakan. Sekiranya tidak dikawal tentu kes jangkitan Covid-19 akan bertambah dengan banyaknya selepas raya, malah mungkin tak terkawal.

Lihatlah langkah yang terpaksa diambil oleh kerajaan Kelantan dalam kes wanita hamil itu. Itu baru seorang. Bayangkan kalau beratus ribu yang pulang dan ada yang berpenyakit.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved