Tunggu PM umumkan pakatan baru: Annuar Musa

PoliticsBusiness & Finance
23 Feb 2020 • 10:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PETALING JAYA - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa penguasaan Pakatan Harapan (PH) akan berakhir susulan perkembangan yang berlaku di Hotel Sheraton hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan hasil perbincangan pada pertemuan di hotel berkenaan yang dihadiri oleh pemimpin utama UMNO, Pas dan Bersatu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau berkata, ada kemungkinan pakatan baharu akan ditubuhkan namun pembentukan pakatan baharu yang sebelum ini dinamakan sebagai Pakatan Nasional itu perlu mengikut Perlembagaan.

"Akan ada mesyuarat lagi selepas ini bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kesimpulannya tunggu PM umumkan pakatan baru itu," katanya ketika ditemui media sejurus keluar dari dewan mesyuarat di Hotel Sheraton malam ini.

Ketika ditanya adakah jumlah sokongan yang diterima cukup bagi menubuhkan kerajaan baru itu, beliau berkata, ia mencapai dua pertiga peratus sokongan daripada ahli Parlimen yang ada.

Beliau juga memaklumkan bahawa UMNO gembira dengan perkembangan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M hanya senyum, tak beri komen

20 kenderaan VIP masuk Istana Negara petang ini

UMNO, Pas bincang hala tuju Muafakat Nasional

Desas-desus gabungan baharu untuk Malaysia


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved