PM Britain lanjutkan penggantungan Parlimen

28 Aug 2019 • 7:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini mengumumkan bahawa penggantungan Parlimen akan dilanjutkan sehingga 14 Oktober iaitu dua minggu sebelum United Kingdom (UK) dijadual meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Pengumuman Johnson itu sekali gus membangkitkan kemarahan Ahli Parlimen anti-Brexit.

Ahli Parlimen pro-EU menganggap keputusan itu menyukarkan usaha mereka untuk menggagalkan rancangan Brexit Johnson sebelum Britain meninggalkan EU pada 31 Oktober nanti.

"Kami akan melakukannya pada 14 Oktober," kata Johnson kepada pemberita.

Johnson dijadual menghadiri sidang kemuncak EU yang terakhir di Finland pada 17 Oktober depan.

Finland kini memegang kerusi Presiden EU secara bergilir dan Johnson membuat cubaan baharu merayu blok 28 negara itu supaya menimbang semula perjanjian pemisahan.

Johnson sebelum ini berjanji mengeluarkan Britain daripada EU pada 31 Oktober tidak kira sama ada beliau berjaya memuktamadkan perjanjian dengan Brussels, walaupun ramai Ahli Parlimen menentang Brexit tanpa perjanjian. - AFP


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved