Honor MagicBook Pro Dilancarkan Dengan Skrin Penuh 16.1-Inci, , Intel Core i7 Dan Harga Sekitar RM3700

TechnologyDigital
24 Jul 2019 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan April tahun lepas, Honor telah hadir dengan komputer riba tersendiri Honor MagicBook. Ia dilihat ingin bersaing dengan Xiaomi, kerana Xiaomi sudah bertahun menceburi bidang komputer riba ini. Terkini, Honor telah melancarkan Honor MagicBook Pro iaitu komputer riba mercu mereka.

image is not available

Honor MagicBook Pro hadir dengan skrin 16.1-inci, rekaan nirbingkai dan resolusi FHD. Disebabkan rekaan skrin adalah nipis, saiz 16.1 inci ini lebih kecil daripada komputer riba 15.6-inci yang biasa. Terdapat dua pilihan untuk cip pemprosesan; Intel Core i5 8th Gen atau Intel Core i7 8th Gen yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 512GB SSD. Untuk bateri, Honor menggunakan bateri 56Wh yang dikatakan mampu bertahan selama 14 jam. Untuk grafik ia menggunakan kad grafik MX250.

image is not available

Seperti komputer riba Huawei, Honor turut mempunyai kunci di papan kekunci yang menyembunyikan kamera web. Menjadikan Honor MagicBook Pro lebih menarik adalah, ia mempunyai sensor suhu terbina untuk kawalan pemanasan yang lebih efisien dan juga mengawal bunyi bising pada kipas. Komputer riba ini turut mempunyai dwi-antena dengan sokongan sambungan WiFi sehingga melebihi 1.0Gbps.

image is not available

Peranti ini dilihat turut menawarkan fungsi NFC seakan Huawei Matebook, yang dinamakan sebagai Magic Link 2.0Honor. MagicBook Pro dilihat hanya dijual di China dengan tanda harga yang agak menarik. Variasi Intel Core i5 dijual pada harga RMB5,499 (~RM3,294) dan variasi Intel Core i7 pula dijual pada harga RMB6,199 (~RM3714).