Guru ditipu pinjaman tidak wujud

21 May 2019 • 12:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Seorang guru wanita kerugian RM11,170 dalam tempoh empat hari selepas diperdaya oleh syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud, yang diketahuinya menerusi laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 32, mendakwa dihubungi wakil syarikat itu pada 17 Mei selepas meninggalkan nombor telefon di ruangan komen.

"Mangsa mendakwa suspek telah memintanya untuk membuat pelbagai bayaran bagi mendapatkan pinjaman sebanyak RM10,000 atas pelbagai alasan.

"Mangsa akhirnya menyedari jumlah transaksi yang dilakukannya adalah melebihi daripada jumlah yang mahu dipinjam, menyebabkan dia berasa ditipu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa telah melakukan enam transaksi pemindahan wang ketiga akaun berbeza dengan transaksi terakhir dilakukan pagi semalam.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved