18 NOVEMBER — Siri demonstrasi di Hong Kong sudah memasuki bulan yang kelima. Tidak ada petanda bahawa ia akan reda.
Sebaliknya, keadaan semasa di Hong Kong bertambah teruk dari hari ke hari. Apa yang dilihat pada mulanya sebagai satu demonstrasi jalanan untuk menuntut agar satu rang undang-undang ditarik balik sudah bertukar menjadi satu gerakan yang menuntut pelbagai perkara termasuk pembaharuan demokratik di Hong Kong.
Gerakan berkenaan juga bertambah ganas. Orang ramai yang dilihat tidak sehaluan dengan pandangan mereka dipukul, ditendang dan dimaki manakala hab-hab pengangkutan di serata tempat dirosakkan sekaligus melumpuhkan rangkaian pengangkutan di negara bekas jajahan British dahulu.
Situasi yang kita saksikan sekarang di Hong Kong ibarat sebuah medan pertempuran atau warzone. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa krisis ini boleh menjadi sebegitu buruk.
Namun demikian, siri demonstrasi yang berlaku di Hong Kong bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi ada pihak yang mengesyaki terdapat tangan-tangan ghaib di belakang tabir yang mendalangi gerakan berkenaan.
Berikut dilontarkan beberapa persoalan kepada para pembaca sekadar untuk renungan bersama:
Apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik kesemua persoalan yang dilontarkan? Tepuk dada, tanyalah hati.
Apa yang berlaku di Hong Kong adalah satu pengajaran berguna buat kita semua. Disebabkan kebencian dan amarah mereka kepada China, para penunjuk perasaan rakyat Hong Kong sanggup menjahanamkan negara mereka sendiri tanpa mengambil kira impak jangka panjang kepada masa sepan negara terbabit. Ini jelas satu perbuatan yang bukan sahaja bodoh bahkan juga mementingkan diri sendiri.
Episod hitam di Hong Kong juga memberi peringatan kepada Malaysia agar sentiasa bersiap-siaga berhadapan dengan sebarang kemungkinan ancaman kuasa-kuasa luar yang mungkin tidak senang duduk akan kejayaan negara. Pihak-pihak sedemikian akan cuba menggunakan apa sahaja taktik untuk melemahkan negara.
Lantaran itu, Malaysia perlulah mempersiapkan diri dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Selagi negara kita kuat dan rakyatnya bersatu-padu, anasir-anasir luar yang dimaksudkan tidak akan dapat memporak-perandakan negara.
*Tulisan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.


