Kemaskini Android 10 Diedarkan Untuk Asus ZenFone Max M1 & ZenFone Live L1

TechnologyDigital
19 Apr 2020 • 2:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Asus ZenFone adalah siri telefon pintar dari Asus yang agak terkenal. Namun penjualan model terkini seperti ZenFone 6 tidak kelihatan. Peranti mercu mereka yang terakhir yang kami ingat adalah ZenFone 5, kerana ia boleh dikatakan adalah sebuah pembunuh peranti mercu. Walau bagaimanapun ia tidak begitu hebat dan mengecewakan. Akan tetapi, peranti kelas pertengahan mereka agak popular seperti ZenFone Max M1.

image is not available

image is not available

Terkini, Asus akhirnya telah mengedarkan kemaskini Android 10 untuk ZenFone Max M1, ZenFone Lite, ZenFone Live L1/L2. Tetapi Lite dan L2 tidak dijual di Malaysia. Kemaskini ini adalah berasaskan AOSP, seperti mana yang sedia dijalankan pada peranti-peranti Asus. Ia bukannya Android One, tetapi benar-benar dari AOSP dengan GMS dan sedikit aplikasi Asus terbina.

Kemaskini untuk ZenFone Max M1 adalah versi beta WW-17.00.2003.23 bersaiz 1.78GB. Ia boleh dipasang secara sideload, tetapi ada kemungkinan besar peranti akan diformat semula. Untuk ZenFone Live L1 pula, versi kemaskini adalah WW-17.07.2003.405 juga adalah beta.

Muat Turun Fail Imej Untuk Asus ZenFone Max M1 Di Sini

Muat Turun Fail Imej Untuk Asus ZenFone Live L1 Di Sini

Sumber: Asus [1], [2]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved