Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan: KPN

21 Aug 2019 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMMPUR - Pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang, adalah perbuatan yang tidak disengajakan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung isu terbabit dan mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu, bukan niat bertujuan untuk mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di luar sekolah berkenaan.

"Saya difahamkan kes ini pemasangan Jalur gemilang yang diterbalikkan itu adalah kesilapan yang jujur dan ia dipasang oleh pekerja warga asing sekolah itu yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.

"Saya menyeru kepada semua pihak supaya jangan cepat melatah dan jangan ada yang mengeksploitasi kes-kes sedemikian tanpa mendapatkan fakta sebenar," katanya.

Abdul Hamid berkata, perbuatan berkenaan bukan sesuatu yang dirancang untuk memberi mesej-mesej yang tertentu.

"Saya tidak mahu beri amaran lagi kepada orang ramai (isu sensitiviti perkauman)...kami siasat, kami kenal pasti dan kami terus tangkap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang baru-baru ini.- Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved