Mengikut sejarah, syarikat Lamborghini mula menghasilkan kereta berprestasi tinggi selepas dihina oleh Enzo Ferrari. Sebelum menghasilkan kereta, Lamborghini menghasilkan jentolak untuk kegunaan industri pertanian. Sehingga kini persaingan di antara dua syarikat masih lagi sengit. Bagi memastikan jenama mereka kekal eksklusif, Lamborghini mengumumkan akan mengurangkan jumlah kereta yang dihasilkan setahun.

Menjelang 2025, Lamborghini akan hanya menghasilkan kenderaan hibrid bagi mengurangkan pencemaran karbon dioksida. Pengumuman ini menyebabkan ramai peminat membeli kenderaan klasik mereka yang masih menggunakan enjin petrol konvensional.
Sejak setahun lalu Lamborghini turut bekerjasama dengan Oppo dalam menghasilkan peranti edisi khas. Bagi kebanyakan pengguna, peranti seperti Oppo Find X Lamborghini Edition adalah cara paling mampu milik memiliki produk berjenama Lamborghini.
