Covid-19: Pelancong asing belum boleh masuk Vietnam

29 May 2020 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

HANOI- Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan koronavirus (Covid-19) memutuskan Vietnam belum boleh membuka pintu negara itu kepada semua pelancong asing, lapor agensi berita Vietnam.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada Khamis (28 Mei) dan anggota jawatankuasa berkata hanya pelawat dari negara tiada kes baharu selama sekurang-kurangnya 30 hari dibenarkan memasuki Vietnam.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Trinh Thi Thuy berkata, kementerian bekerjasama dengan persatuan pelancongan untuk menyiapkan pelan bagaimana kaedah paling sesuai untuk menerima pelancong antarabangsa, selepas wabak dibendung sepenuhnya.

Namun, katanya fokus utama buat masa ini ialah sektor pelancongan domestik.

Vietnam tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 42 hari berturut-turut sejak 16 April.

Jumlah kes dilaporkan di negara ini setakat 28 Mei ialah sebanyak 327 termasuk 187 kes import.

Sebanyak 278 pesakit pulih dan tiada kematian dilaporkan.-Bernama




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved