Hujan lebat di Johor sehingga Jumaat

20 Nov 2019 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku di Johor sehingga Jumaat.

Hujan lebat diramal berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, menurut kenyataan MetMalaysia.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran cuaca tahap berwaspada bagi hujan lebat di Segamat dan Kluang bagi tempoh sama.

Keadaan sama turut dijangka melanda Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang selain Dungun dan Kemaman di Terengganu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved