Lawatan kerja Dr Mahathir disingkatkan susulan amaran ribut taufan

5 Aug 2019 • 8:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

FUKUOKA - Lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun, disingkatkan kepada dua hari berbanding jadual awal tiga hari, sebagai langkah berwaspada susulan amaran ribut taufan, menurut pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.

Katanya Dr Mahathir kini dijadualkan tiba di Fukuoka pada hari Rabu.

Bagaimanapun program-program Dr Mahathir yang dijadualkan di Fukuoka masih diteruskan, dengan beberapa perubahan kecil, tambahnya.

Semasa di Fukuoka, Dr Mahathir dijadualkan menyampaikan syarahan di ‘Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun’, dan di Institut Kepimpinan Asia Kyushu, di samping menerima anugerah ijazah doktor kehormat dari Universiti Antarabangsa Jepun.

Antara perubahan kecil yang dibuat melibatkan jamuan makan malam yang dihoskan oleh Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun, yang dipinda daripada jadual asal Selasa, kepada hari Rabu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved