Dadah: Polis tahan 11 individu pelbagai kesalahan

10 Jun 2019 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TUARAN - Seramai 11 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di sekitar daerah ini dalam tempoh seminggu bermula 3 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata tangkapan itu dijalankan dalam Ops Tapis dan Ops Sarang bagi mengekang masalah jenayah dan dadah di kawasan berkenaan.

"Tumpuan operasi di sekitar taman perumahan Telipok Ria, Taman Sri Rugarding dan Kampung Bakut," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata semua individu yang ditahan itu berumur antara 25 dan 45 tahun.

Jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 6.42 gram dianggarkan bernilai RM963. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved