Kuo – Macbook Pro 16-Inci Akan Hadir Tahun Ini Tanpa Kekunci Kupu-Kupu

TechnologyDigital
26 Jul 2019 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Papan kekunci kupu-kupu mendatangkan banyak masalah kepada Apple sehingga ia dikemaskini sebanyak dua kali. Sungguhpun begitu masalah masih dilaporkan sehingga mereka terpaksa menawarkan program gantian percuma kepada pelanggan. Bagi mereka yang kurang menggemari kekunci kupu-kupu dan merindui kekunci MacBook klasik, penantian anda mungkin akan berakhir tahun ini.

image is not available
Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple MacBook Pro 16-inci akan dilancarkan pada suku ke-empat tahun ini dengan papan kekunci mekanisme gunting lama. Pada waktu yang sama beliau meramalkan kesemua MacBook baharu pada tahun 2020 tidak akan lagi disertakan dengan papan kekunci kupu-kupu. Apple memperkenalkan papan kekunci kupu-kupu pada tahun 2015 bagi menghasilkan komputer riba yang nipis. Walaupun kelihatan menarik, ia adalah antara papan kekunci yang amat kurang selesa digunakan jika anda menaip dengan banyak setiap hari.

Diharap ramalan ini menjadi kenyataan kerana ia penggunaan kekunci kupu-kupu adalah sebab mengapa kami secara peribadi enggan membeli MacBook.