Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga A.Rahman Hassan

Entertainment
14 Jun 2019 • 8:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan, 73, yang meninggal dunia semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Perginya seorang insan seni istimewa'

"Seri Paduka juga berharap semoga sumbangan Allahyarham dalam bidang hiburan tanah air akan terus diingati dan dihargai," katanya.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, tengah malam semalam, akibat komplikasi penyakit dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini semalam.

Penyanyi era 1960-an itu dilapor dikejarkan ke hospital Isnin lepas setelah pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved