Netflix mula menawarkan perkhidmatan kepada pengguna global termasuk Malaysia pada tahun 2016. Kandungan mereka seperti sedia maklum tidak ditapis seperti yang ditayangkan di televisyen dan bioksop tempatan. Menurut laporan Harian Metro hari ini, FINAS menerusi ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Idham menggesa kerajaan menapis kandungan Netflix,

Netflix tidak percaya kepada penapisan kandungan dalam wawancara kami dengan Todd Yellin yang merupakan timbalan presiden bahagian produk syarikat tahun lalu. Sebaliknya mereka menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan sistem kawalan kandungan mengikut profil pengguna yang sedia ada.
Sungguhpun begitu mereka telah menarik satu episod The Patriot Act dari ditayangkan di Arab Saudi selepas ia mengkritik pemerintahan kerajaan Muhammad Bin Salman. Selain di Malaysia, baru-baru ini Netflix juga digesa untuk menapis kandungan yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti kaum di India.

