Kamera nircermin dengan kemampuan rakaman 4K semakin banyak dipasarkan. Malahan ketiadaan sokongan rakaman UHD ini dianggap sebagai kekurangan memandangkan resolusi HD penuh sudah agak ketinggalan zaman. Panasonic LUMIX S1H telah dilancarkan hujung minggu lalu sebagai kamera digital nircermin lensa boleh tukar pertama dengan sokongan rakaman sehingga resolusi 6K.

Tiada maklumat mengenai saiz sensor dikongsi tetapi hadir dengan dua slot untuk kad SQD+SD, skrin 3.2″ pada panel belakang, EVF OLED. port USB-C, HDMI, bicu audio 3.5mm, bicu mikrofon dan bateri sebesar 3100 mAh. Panasonic LUMIX S1H akan mula dijual bermula musim luruh namun harga masih belum diumumkan.
