Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

30 May 2019 • 8:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mengucapkan tahniah kepada penduduk Sabah yang meraikan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai.

“Selamat menyambut Pesta Menuai kepada semua rakan di Sabah, Semoga anda menikmati keamanan, persahabatan dan kesejahteraan yang berkekalan semasa sambutan pesta yang penuh gembira ini.

“Kotobian Tadao Tagazo Do. Selamat menyambut Perayaan Pesta Kaamatan,” kedua-dua Baginda bertitah demikian dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

Pesta Kaamatan disambut setiap 30 Mei oleh komuniti Kadazandusun bagi meraikan musim menuai yang disambut bersama-sama kaum lain di Sabah. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved