Apple Memberi Amaran Tarif Ke Atas China Akan Memberikan Impak Terhadap Ekonomi A.S

21 Jun 2019 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Donald Trump ingin mengenakan tarif import yang tinggi ke atas produk yang dibawa masuk dari China. Nilai tarif yang ingin dikenakan mencecah $300 bilion. Hari ini Apple telah menghantar surat rasmi kepada Robert Lighthizer yang merupakan wakil perdagangan Amerika Syarikat.

image is not available
Di dalam surat tersebut Apple berkata tarif yang dikenakan ke atas iPhone, iPad, Mac, Apple Airpod, monitor dan alat ganti yang digunakan Apple akan mengurangkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara. Apple bercadang menyumbang $350 bilion kepada ekonomi A.S dalam masa lima tahun dan bertanggungjawab ke atas 2 juta pekerjaan di negara tersebut. Tarif turut memberikan kelebihan kepada pesaing mereka yang tidak beroperasi di Amerika Syarikat kerana tidak dikenakan tarif tinggi yang sama.

Oleh sebab ini Apple menyeru Washington supaya tidak meneruskan perancangan untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari China. Sebelum ini Intel, Microsoft, Dell dan HP telah meminta Washington supaya tidak mengenakan tarif ke atas komputer riba dan tablet atas sebab yang sama,.