Ujian rangkaian 5G masih dilakukan pada skala kecil di Malaysia tahun ini dengan sasaran pengenalan kepada umum pada tahun 2021. Walaupun pelancarannya masih jauh, sudah terdapat pengeluar yang menjual peranti 5G di Malaysia seperti Vivo menerusi NEX 3. Selepas Vivo, Oppo pula akan menjadi pengeluar kedua melancarkan peranti 5G di pasaran Malaysia.

Sebelum ini Oppo Reno 10X Zoom dengan 8GB RAM dan storan 256GB ditawarkan di Malaysia pada harga RM3399.
