Samsung Mungkin Hadir Dengan Sensor Pengimejan 144MP

TechnologyDigital
17 Dec 2019 • 3:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sedia mempunyai penawaran sensor pengimejan mereka tersendiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk yang paling terbaru adalah sensor 108MP yang digunakan pada telefon pintar Xiaomi Mi Note 10.

Menariknya, tidak berhenti pada tahap berkenaan, kini Samsung diperkatakan bakal hadir dengan sensor pengimejan 144-megapixel.

Informasi terbaru ini dikongsikan oleh Ice Universe yang mana sebelum ini telah meniriskan beberapa perkara sebelum pelancaran rasmi sesuatu produk.

Sensor pengimejan baru ini dijangka akan menggunakan teknologi 14nm, sekaligus membawa kepada sedikit penjimatan tenaga berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan bersedia dengan pengeluaran sensor pengimejan berkenaan, dan mungkin kita hanya akan melihatnya sekitar pertengahan kedua 2020 kelak. Samsung masih belum mengesahkan perkara ini buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved