Covid-19: AS isytihar darurat

14 Mar 2020 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Presiden Donald Trump semalam mengisytiharkan darurat dalam usaha negara itu mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu.

Langkah itu menurut Trump membolehkan beliau 'menggunakan kuasa kerajaan persekutuan sepenuhnya', termasuk menyediakan dana AS$50 bilion untuk membantu negeri dan kerajaan tempatan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

Terdapat lebih 1,600 kes disahkan di AS dengan 47 kematian mengikut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. - Bernama