Penyelam ditahan positif dadah jenis syabu

7 May 2019 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA KINABALU - Seorang penyelam ditahan kerana positif dadah dalam satu operasi di tiga pulau peranginan di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota PPM bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu telah melancarkan operasi di Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik jam 10 pagi.

"Seramai 46 lelaki pekerja termasuk penyelam dan pemandu bot pelancong berusia 20 hingga 50 tahun diperiksa dan hasil pemeriksaan itu mendapati seorang penyelam lelaki berusia 20 tahun positif dadah jenis syabu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata penyelam berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved