Pada penghujung tahun lalu, Netflix menguji pelan baharu khusus untuk pengguna peranti mudah alih di Malaysia. Yuran langganan bulanan hanya RM17 tetapi ia menghadkan penstriman pada peranti mudah alih, tiada sokongan HD dan hanya boleh digunakan satu pengguna pada satu-satu masa. Netflix hari ini mengesahkan pelan ini akan ditawarkan secara rasmi kepada pengguna di India pada suku ketiga 2019. Pengumuman dilakukan menerusi surat kepada pelabur yang diterbit hari ini.

Sebelum ini India adalah negara yang mempunyai jumlah pengguna Netflix pada peranti mudah alih tertinggi di dunia diikuti oleh Malaysia. Memandangkan Malaysia antara negara dimana pelan ini diuji, tidak mengejutkan jika pelan ini ditawarkan di negara kita kelak.



