Google Assistant Kini Boleh Membuat Panggilan Kecemasan – Terhad Untuk Amerika Syarikat

TechnologyDigital
2 Aug 2019 • 3:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Duplex adalah fungsi Google Assistant yang boleh mewakilkan pengguna untuk membuat panggilan telefon. Panggilan telefon ini adalah untuk membuat tempahan kepada restoran atau salon. Akan tetapi, bagi mengelak salah faham – Google Assistant akan memberitahu yang ia adalah wakil kepada pengguna tersebut.

Terkini, Google Duplex telah berkembang maju dengan kemampuan membuat panggilan kecemasan kepada 911. Google Assistant akan membuat panggilan ini dan memberitahu siapakah ia, destinasi pengguna dan juga sebab panggilan. Ia adalah satu fungsi yang amat membantu dan benar-benar seakan mempunyai pembantu peribadi. Google Assistant bukan setakat boleh mengawal peranti berhubung, tetapi juga membantu pengguna membuat panggilan kecemasan.

image is not available

Apa yang menarik dengan fungsi ini adalah, ia bukan terhad kepada pengguna Pixel sahaja. Tetapi adalah mana-mana peranti Android yang menyokong Google Duplex dan semestinya terhad kepada negara terpilih sahaja. Ini bermakna, Malaysia tidak akan dapat fungsi ini. Disebabkan sejak bulan Mac lepas Google ada memberitahu yang Google Duplex turut akan menyokong iOS, fungsi panggilan kecemasan ini mungkin akan terdapat juga di masa akan datang.