Kerjaya sebagai pemandu lori adalah antara yang bakal terancam kerana sistem swapandu yang dibangunkan oleh syarikat seperti Tesla. Tetapi sistem swapandu Tahap 4 masih belum sedia digunakan pada kesemua jalan raya. Untuk memenuhi keperluan industri pengangkutan Peloton memperlihatkan sistem swapandu Automated Following yang membolehkan dua lori treler dipandu oleh seorang drebar manusia secara serentak.

Sistem pemanduan serentak yang serupa telah diuji oleh Sania di Singapura, tentera darat China dan tentera darat Amerika Syarikat sebelum ini.
