Nak main 'game' sangat, empat sahabat didenda RM1,000

15 Apr 2020 • 6:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR- Empat sahabat masing-masing dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan leka bermain permainan dalam talian di telefon pintar.

Amir Muazzam Ahmad Kamal, 23, Mohd Farid Redza Ahmad Fairuz, 23, Muhamad Amar Faris Muhamad, 22 dan Muhammad Zaid Atiq Mohamad Nizar, 22, didakwa berada di gerai makan di Jalan Kelumpuk Cemperling, AU3, Ulu Klang, Wangsa Maju, pada jam 1.20 pagi, hari ini.

Pengakuan bersalah dilakukan di hadapan, Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didapati telah berhimpun di gerai makan tersebut yang merupakan tempat dalam kawasan tempatan jangkitan di bawah peraturan 6 (1) peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2020.

Mereka didakwa di bawah peraturan-peraturan pencegahan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah) di dalam kawasan tempatan jangkitan 2020 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved