Mayat jurutera kapal hilang ditemukan

8 Aug 2019 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU- Seorang jurutera kapal tunda yang dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran dari Kuala Linggi, Melaka menuju ke Singapura, dua hari lepas, ditemukan mati lemas di perairan Pulau Kukup, Pontian, semalam.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat Sugianto, 47, ditemukan dalam keadaan terapung di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika Barat Laut, Pulau Kukup pada 3.30 petang.

Katanya, pengecaman awal mangsa dibuat berdasarkan baju yang dipakai mangsa ketika ditemukan.

“Warna baju mangsa adalah sama seperti maklumat yang diperoleh daripada pihak syarikat.

“Bagaimanapun pengesahan lanjut akan diuruskan (dibuat) pihak syarikat di hospital,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aminuddin berkata mayat mangsa sudah pun dibawa ke jeti APMM Sungai Pulai, Iskandar Puteri untuk tindakan seterusnya.

Operasi mencari dan menyelamat Sugianto sebelum ini dilaksanakan di kawasan seluas 30 batu nautika persegi melibatkan kekuatan tiga aset bot dari APMM dan pihak polis.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved