Android Auto adalah sistem inforia berasaskan Android untuk kenderaan seperti kereta atau trak. Mana-mana kenderaan yang ada ruangan radio besar (kebiasaan di bahagian penghawa dingin), boleh sahaja memasang inforia ini. Tetapi tahukah anda yang motor besar seperti Harley-Davidson, ada model yang mempunyai sistem seakan inforia juga? Ia dinamakan sebagai Boom! Box GTS. Ia adalah paparan untuk melihat navigasi pada peta.

Harley-Davidson baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan mengemaskini sistem Boom! Box GTS mereka kepada siste Android Auto. Kemaskini ini akan mula diedarkan pada musim panas tahun ini. Kemudian bermula tahun 2020, semua model 2021-model Harley-Davidson Touring, CVO dan Trike akan hadir dengan Android Auto terbina pada sistem Boom! Box GTS mereka.
