Sultan Ismail Petra mangkat: Kelantan umum cuti dua hari

28 Sep 2019 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengisytiharkan tempoh berkabung bermula hari ini dan cuti selama dua hari bermula esok bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti diberikan pada hari Ahad dan Isnin ini iaitu selama dua dan perkabungan juga akan bermula pada hari ini.

"Almarhum Sultan dijangka dikebumikan hari ini selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Diraja Langgar," katanya kepada pemberita di sini.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada jam 8.11 pagi tadi.

Menurut laman Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

Dalam entri Facebook tersebut turut disertakan etika berpakaian untuk penghormatan terakhir tersebut.

"Etika berpakaian untuk kerabat Diraja adalah berbaju Melayu putih, bersampin putih, songkok hitam beralas kain putih di atas dan baju kurung putih bagi perempuan.

"Manakala etika berpakaian untuk orang awam ialah berbaju Melayu putih, bersampin putih, bersongkok hitam beralas kain putih dan baju kurung putih bagi perempuan," tulisnya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved