Anwar, Wan Azizah selesai mengadap Agong

Politics
24 Feb 2020 • 3:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama hampir 45 minit.

Kedua-dua pemimpin yang menaiki kereta Proton Perdana secara berasingan itu memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 2 pada jam 2.30 petang sebelum keluar pada jam 3.15 petang.

Difahamkan Anwar dan Wan Azizah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi politik selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebentar tadi.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan surat peletakan itu dihantar kepada Yang di- Pertuan Agong pada jam 1 petang.

Dr Mahathir dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar puas hati pertemuan dengan Dr Mahathir

Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat PKR

Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO