Mingguan Amanz – Huawei Mate Xs, Realme X50 Pro 5G, Sony Xperia 1 II

TechnologyDigital
1 Mar 2020 • 9:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan, yang mana hadir dengan sokongan cip pemprosesan berkuasa. Antaranya adalah telefon boleh-lipat Huawei Mate Xs, selain telefon mercu Sony Xperia 1 II dan juga Realme X50 Pro 5G.

Samsung turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Galaxy M31 untuk pasaran India – dimnana ia hadir dengan penawaran bateri berkapasiti besar. Dalam masa yang sama, Redmi telah mula mengacah kehadiran Redmi K30 Pro dengan spesifikasi tinggi tidak lama lagi.

Google kini diperkatakan berminat untuk kekal bekerjasama dengan pihak Huawei untuk penawaran perkhidmatan dan aplikasi. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada kerajaan Amerika Syarikat akan membenarkannya atau tidak.

Dan akhir sekali, kerajaan Arab Saudi kini membuat halangan kemasukkan sementara ke Mekah dan Madinah disebabkan oleh kebimbangan penularan Covid-19.