Selepas beberapa bulan diacah menerusi laman media sosial, Vivo V19 akhirnya dilancarkan secara rasmi semalam. Ia adalah peranti kelas pertengahan permulaan yang dilengkapi skrin 6.44″ SAMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 712, memori sebesar 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Bateri adalah sebesar 4500 mAh dengan sokongan pengecasan 33W VOOC menerusi port USB-C. Masih terdapat sebuah bicu audio 3,5mm pada bahagian bawah dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Peranti ini tidak menyokong rangkaian 5G pada waktu ini. Harga jualan walau bagaimanapun masih belum diumumkan.

