OnePlus 7 Pro Mula Menerima Kemas Kini Untuk Masalah Skrin Yang Mengesan Sentuhan Yang Tidak Dilakukan

7 Jun 2019 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua minggu lalu sebahagian kecil pengguna OnePlus 7 Pro melaporkan masalah skrin yang mengesan sentuhan yang tidak dilakukan. Masalah ghost touch ini mungkin disebabkan oleh tetapan skrin yang terlalu sensitif dan juga pernah berlaku pada Galaxy S7 Edge. Pemilik OnePlus 7 Pro mula menerima kemas kini OxygenOS 9.5.7 yang membawakan beberapa penambahbaikan.

Kepekaan skrin telah diperbaiki bagi menyelesaikan masalah sentuhan yang tidak dilakukan. Pada waktu yang sama, penambahbaikan kemampuan kamera juga dilakukan selepas pengguna awal OnePlus 7 Pro kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang kurang baik terutamanya dalam situasi pencahayaan yang rendah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved