Nilai Kekayaan Jeff Bezos Meningkat Lebih RM131 Bilion Kerana Covid-19

TechnologyDigital
19 Apr 2020 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Covid-19 menyebabkan pelbagai masalah ekonomi kerana perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa. Sebagai langkah meneruskan kelangsungan syarikat, ramai yang telah dibuang kerja. Ini turut berlaku di negara kita Malaysia. Tetapi tidak semuanya terkesan secara negatif. Bagi Jeff Bezos hartawan terkaya dunia mengikut senarai Forbes, berjaya meningkatkan nilai kekayaan beliau sebanyak $30.1 bilion (~RM 131.5 bilion) sejak Januari 2020 yang bersamaan dengan hampir 27%.

image is not available
Jumlah pengguna perkhidmatan Amazon meningkat mendadak di seluruh dunia dan nilai saham syarikat juga meningkat secara berkadar terus. Semasa banyak syarikat mengurangkan atau memberhentikan sementara tenaga kerja, Amazon dilaporkan menambah 100,000 kakitangan untuk memenuhi permintaan perniagaan atas talian.

Manusia terkaya dunia ini kini mempunyai nilai kekayaan bersih $143,1 bilkion (~RM625 bilion) dan akan terus meningkat kerana permintaan pembelian secara atas talian akan terus meningkat selagi perintah pembatasan sosial berkuatkuasa.