Kelantan adakan solat hajat cegah penularan Covid-19

LocalPolitics
7 Mar 2020 • 12:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengadakan solat sunat hajat peringkat negeri dalam masa terdekat dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad pagi tadi.

"(Pada masa yang sama) saya berharap semua pihak khususnya Jabatan Kesihatan Kelantan bekerja keras untuk menangani masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan penambahan 28 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus itu di Malaysia sebanyak 83 kes.

Sementara itu, Ahmad menyambut baik pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

"Tan Sri Idrus merupakan orang yang berpengalaman dalam aspek perundangan,” katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved