Gobind pantau Projek Demonstrasi 5G di Langkawi

18 Jan 2020 • 11:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini melawat dan memantau Projek Demonstrasi 5G di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), menjelang majlis perasmian projek demonstrasi itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pulau peranginan itu esok.

“Antara pihak yang akan mempamerkan penggunaan teknologi 5G mereka adalah @edotcoGroup @Celcom @umobile @digitelco @Maxis @myTMgroup.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi adalah salah satu lokasi di mana demonstrasi penggunaan teknologi 5G akan diadakan,” katanya dalam catatan terbaru di laman Twitter rasmi beliau.

Projek demonstrasi itu akan melibatkan 11 penggunaan secara langsung antaranya di Pusat Arahan 5G Langkawi, Hospital Sultanah Maliha dan LTAL.

Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, di peringkat domestik, pelaksanaan teknologi 5G yang amat ditunggu-tunggu itu dijangka menyumbang sehingga lebih RM12.7 bilion kepada ekonomi negara antara 2021 dan 2025 dan menjana lebih 39,000 pekerjaan baharu.

Perjalanan teknologi 5G dimulakan dengan penubuhan Pasukan Khas 5G Nasional pada November 2018, yang terdiri daripada 114 ahli melibatkan penyedia perkhidmatan, akademia, kementerian dan agensi. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved