Samsung Galaxy Z Flip, Galaxy s20, S20+. dan S20 Ultra adalah empat peranti terawal yang menggunakan sistem operasi One UI 2.1. Dengan versi terkini ini, ciri sokongan perkongsian fail pantas Quick Share diperkenalkan dan ia menyerupai ciri AirDrop pada iOS. Hari ini kesemua model Galaxy S10 dan Note 10 akhirnya mula menerima kemas kini ke One UI 2.1.

Setakat ini kami boleh mengesahkan pengguna S10 dan Note 10 di Malaysia sudah boleh melakukan kemas kini secara OTA. Samsung menjanjikan kemas kini akan diberikan juga kepada S9 dan Note 9 tetapi tarikh masih lagi belum disahkan.
