Kerajaan sekat pelancong China dari dua wilayah serta-merta: TPM

Politics
9 Feb 2020 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR- Malaysia perluas sekatan perjalanan masuk terhadap pelancong China dari Wilayah Zhejian dan Wilayah Jiangsu berkuatkuasa serta-merta, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Wan Azizah berkata tiada keperluan Malaysia mengambil langkah menyekat kemasukan semua warga China.

Katanya, selain tidak mahu menimbulkan rasa panik, langkah itu juga berpandukan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang belum mengeluarkan arahan sekatan perjalanan.

"Di Malaysia keadaan masih terkawal. Kita juga perlu seimbangkan antara menjaga kesihatan rakyat dan negara daripada wabak itu dan dalam masa yang sama tidak memudaratkan ekonomi negara," katanya.

AKAN MENYUSUL