iQOO Menguji Ketahanan Peranti Mereka Dengan Menggunakan Telefon Sebagai Pad Brek Kereta BMW

TechnologyDigital
10 Apr 2020 • 4:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai pengeluar sering hadir dengan kaedah kreatif tersendiri dalam memperlihatkan ketahanan peranti mereka. Terbaru, iQOO turut tidak ketinggalan dan memperlihatkan ujian menggunakan telefon pintar terbaru mereka sebagai pad brek untuk kereta BMW.

Untuk tujuan ini, iQOO menggunakan telefon iQOO 3 mereka yang terbaru, dan memasangnya pada bahagian pad brek kereta BMW 530Li.

Kenderaan berkenaan seterusnya dipandu di trek, dan dua telefon digunakan sebagai pad brek dalam menghentikan kenderaan berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, proses berkenaan akan membawa kepada tahap geseran yang tinggi, dan turut akan menjadikan telefon berkenaan lebih panas berbanding kebiasaan.

Pada penghujungnya, iQOO memperlihatkan peranti berkenaan – yang calar-balar. Tetapi, menariknya, ia masih berfungsi.

image is not available

Adakah video gimik seumpama ini akan membuatkan anda lebih tertarik dengan jenama berkenaan?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved