Selangor adaptasi budaya digitalisasi golongan usahawan

2 Apr 2020 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan memanfaatkan kemudahan digital dalam kalangan peniaga berikutan pembatalan bazar Ramadan yang diumumkan semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 16,584 peniaga yang terkesan digalakkan membudayakan digitalisasi bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan sepanjang Ramadan.

"Saya memahami kesan tersebut kepada peniaga menerusi pengumuman pembatalan Bazar Ramadan di Selangor semalam.

"Kerajaan negeri mengambil langkah bagi menerapkan budaya perniagaan digital sebagai salah satu kaedah untuk membantu peniaga," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha itu dalam proses perbincangan sebelum memuktamadkan keputusan itu.

Terdahulu, Selangor membatalkan bazar Ramadan di negeri ini susulan penularan wabak Covid-19.

Pembatalan dilakukan selepas perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved