Realme Melancarkan Realme 3i – Dijana Helio P60, Harga Murah Dan Rekaan Premium

Digital
16 Jul 2019 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti terbaru Realme tahun ini adalah Realme X, ia boleh dikatakan peranti utama mereka. Tetapi sebelum Realme X, Realme 3 dan Realme 3 Pro adalah fokus utama mereka dan Realme C2 pula adalah peranti paling ‘murah’ mereka. Terkini, Realme telah melancarkan satu lagi peranti dalam siri Realme 3 – iaitu Realme 3i.

image is not available

Realme 3i ini boleh dikatakan berada diantara Realme C2 dan Realme 3. Ia dikategorikan dalam peranti kelas pertengahan-asas dengan rekaan premium. Realme 3i menggunakan skrin 6.2-inci, HD+, dijana Helio P60 dan dipadankan dengan memori 3/32 GB dan 4/64 GB. Untuk kamera pula, peranti ini menggunakan tetapan dwi-lensa 13+2 Megapixel dengan ciri-ciri seperti Nightscape dan Chroma Boost seperti Realme 3. Kamera swafoto pula adalah 13 Megapixel dan dijana dengan kecerdasan buatan.

image is not available

Kapasiti bateri adalah 4230mAh dan menjalankan ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie. Buat masa ini peranti ini khusus untuk pasaran India sahaja dan dijual pada harga ₹7,999 (~RM479) untuk 3/32 GB dan ₹9,999 (~RM599) untuk 4/64 GB.